Hello, berhabuk dah blog lps lama tak berusik .
Banyak benda nak cerita sebenarnya . But , saya cerita sampai yang termampu ja lah k . Yg lain , lain hari saya sambung ;)
1st , saya kini telah bergelar graduasi Program Latihan Khidmat Negara , dan pernah bergelar WIRAWATI REQUINA PETER serta memegang nombor ID 326 . Pengalaman di PLKN terlalu indah utk dikongsi seiring dgn tema kami iaitu 'INDAHNYA MILIKKU' . Pasal pengalaman nanti saya kongsi ya , terlampau banyak ;)
2nd , saya telah menjalani kehidupan sebagai PENGANGUR TERHORMAT kini yang hanya makan tidur di rumah . Plan nak kerja ada , cuma tak kesampaian . hehe , malas sebenarnya .
3rd , MUSTAHAK bin PENTING @ IMPORTANT ! HAH ! ESOK , RESULT LAH . Alamak , esok result SPM 2012 saya keluar lah . Nervous , gemuruh , takut , panik , gagar , semua ada , nak menangis pun ada juga . Takut tak terkata . Btw , saya minta ehsan kalian doakanlah yg terbaik untuk CALON SPM 2012 semoga kami semua dikurniakan keputusan yang cemerlang untuk bekalan kami mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan .
Sebagai satu daripada puluhan ribu calon SPM 2012 , saya mengaku saya amatlah takut . Takut yang pertama mestilah pasal takut kecewakan parents . Saya sangat harap saya dapat ulang kegembiraan papa and mummy semasa dapat tahu saya dapat keputusan cemerlang dalam PMR .Saya tak nak papa and mummy tunjukkan muka gembira setakat untuk menyenangkan hati saya , tapi saya nak mereka betul2 gembira . Saya rasa memang tanggungjawab saya untuk memberi kegembiraan ini kepada mereka untuk membalas sedikit kesusahan mereka membesarkan saya dan adik . Namun , hakikatnya , jasa mereka sememangnya tak mampu aku balas . MUM AND DAD , sesungguhnya , saya tak ingin mengecewakan kamu . Tuhan , kurniakanlah saya keputusan yang cemerlang dalam SPM ini untuk memberi sedikit kegembiraan dan senyuman iklas buat kedua orang tua saya .
Kedua , saya amat takut tidak dapat melanjutkan pelajaran dengan biasiswa dan terpaksa menyusahkan parents . Saya simpan angan-angan yang sangat tinggi , saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kembali dengan segulung sijil luar negara untuk berbakti kepada keluarga , masyarakat dan negara pastinya . Study overseas pasti bukan satu halangan buat anak-anak orang berada yang pastinya dapat terbang ke mana-mana pelosok dunia untuk menuntut ilmu . Tapi , saya yang lahir dalam keluarga sederhana , saya amat harapkan keputusan yang cemerlang agar saya mendapat biasiswa atau tajaan dari mana-mana pihak untuk mengapai angan-angan saya yang tinggi mengunung . Tuhan , kurniakanlah saya keputusan yang cemerlang dalam SPM ini untuk saya mengapai cita-cita saya sekaligus berbakti kepada keluarga , masyarakat dan negara .
Ketiga , saya amat takut keluarga saya diperlekehkan . Saya tidak mahu kebolehan mummy saya mendidik saya dipersoalkan . MUMMY JAGA SAYA DENGAN BAIK , ITU TAK PERLU DIPERSOALKAN . Tapi , apa boleh buat , mulut manusia . Saya ingat sampai mati bila someone tu cakap , cara mummy saya didik anak-anak dia tahap sedehana . Lebih kurang macam tu lah maksud dia , time tu , saya masih kecik , tak berani nak lawan . So , buat gaya Mak Turut , saya angguk , padahal ,dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu . Btw , thanks lah dekat someone tu pasal suntik semangat saya untuk buktikan dia salah . Tapi , memang someone tu agak banyak berjasa dekat saya lah juga . Gara-gara satu ayat dia tu , saya boleh sakit hati sampai sekarang walaupun dah banyak benda baik dia buat untuk saya dan adik . Betulah kata orang , gara-gara mulut badan binasa . So , fikir dulu sebelum cakap . Sebenarnya bukan someone tu ja , tapi ada lagi orang lain cuma kurang menusuk dalam hati . Ada pula orang yang tak pertikaikan my mum , tapi pertikaikan kebolehan saya . Saya sedar saya tak adalah pandai mana , tapi tak payahlah cakap depan-depan seolah-olah saya ni tak pandai . Tapi , kalau orang cakap pasal saya , itu tak mensuk sangat , kalo cakap pasal my mum , itu wa tak boleh bai . Nah , sia-sia kutuk orang before ambil result . Minta ampun banyak-banyak . Tuhan , kurniakanlah saya keputusan yang cemerlang dalam SPM ini agar mulut-mulut yang memperlekehkan my mummy dapat dikurangkan kelancangannya . Sejujurnya , saya tak sanggup dengar orang lain perlekehkan insan yang teramat kucintai .
Actually , banyak lagi takut yang tak terhurai . Okaylah , sampai sini ja cot-cet buat malam ini .
Tuhan , kurniakanlah keputusan SPM yang cemerlang buat semua Calon SPM 2012 agar usaha kami , guru-guru kami , ibu bapa kami dan insan-insan lain yang banyak membantu kami sepanjang perjuangan kami terbalas dengan kegembiraan dan senyuman yang tidak terhingga .
May God Bless Me .
9A+
Lots of love ,
Quina .
没有评论:
发表评论