2013年5月18日星期六

Hatiku Berbicara ; )

HAIII , YOU ALL ; ) 

Apa-apa pun , first sekali , sorry my dear blog . Lama sangat dah tak post apa-apa . Bukan ada apa-apa sebab khusus yg menyebabkan diri ini tak post apa-apa , cuma masalah kemalasan melanda diri . 

Okay , last sekali saya meluahkan perasaan dekat blog rasanya a day before result SPM . Lepas dapat result SPM , terus senyap sahaja diri ini . UISSH , LAMA GILAA SAYA MENDIAMKAN DIRI DI BLOG KESAYANGAN HAMBA INI . Hehe . 

Cerita pasal result SPM , thanks to the God : ) Ucapan TERIMA KASIH ini juga ikhlas saya tujukan buat mummy and papa , guru-guru , family members , kawan-kawan , dan sesiapa juga yg membantu mahupun mendoakan diri saya untuk berjaya dalam SPM . Result saya tidaklah straight A+ seperti yg saya sangat harapkan tapi result saya sangatlah mengembirakan hati saya . Kegembiraan yg saya rasai memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata . Dengan izin Tuhan , dapatlah saya mengembirakan hati mummy and papa dengan result SPM saya . 

Sekarang , result UPU sudah pun keluar kan ? Mesti semua yg dapat gembira kan ? Lebih-lebih lagi yg dapat dekat universiti idaman . Cerita pasal UPU ja , kesedihan terus melanda diri . JUJUR , SAYA SEDIH TIDAK DAPAT UPU ! 

Betulah cakap orang , even result okay pun , belum tentu lagi dapat UPU . Semua ini bergantung kepada rezeki . Mungkin saya belum ada rezeki lagi untuk dapat UPU . Mula-mula , menangis , meraung , meroyan segalalah bila mula-mula dapat tahu TIDAK BERJAYA dapat UPU . Sekarang pun still sedih juga . Tapi , saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini . 

Sekarang , satu sahaja lagi harapan saya dan permohonan yang saya paling harap untuk dapat , iaitu PINJAMAN MARA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA . Inilah satu-satunya harapan saya untuk merealisasikan impian saya untuk study overseas . Kamu , tolong doakan saya dapat MARA ni . Saya berharap sangat . 

Ada peluang ini , saya ingin berkongsi sikit apanya terbuku di hati . Antara sebab saya sedih pasal tidak dapat UPU kerana saya teringat my mummy . Mummy , saya tahu dia mahu yang terbaik untuk saya dan adik . Ya lah kan , setiap ibu mesti mahu yang terbaik untuk anaknya and mummy tidak terkecuali . Saya tahu mummy saya kecewa sangat saya tidak dapat UPU  tapi mummy tidak mahu tunjuk dia kecewa depan saya . Saya sebak gila bila mummy tanya kenapa saya menangis time saya call bagitau saya tidak dapat UPU , terus air mata ni laju sahaja mencurah-curah . Terus saya rasa macam tidak mahu balik rumah jumpa mummy , saya tidak mahu tengok mummy saya kecewa . SANGAT ! Tapi , bila saya balik rumah , mummy calm ja and dia try untuk sedapkan hati saya sedangkan hati dia saya tidak tahu macam mana mahu ubati . Mummy , you are too great for me . Mummy lah orang yang paling dekat sama saya bila hati ini hancur berkecai . 

Untuk MARA ni , saya harap sangat dapat . Saya mahu sangat pergi overseas pasal ini pun salah satu harapan mummy dan papa untuk tengok saya tamat pengajian dengan segulung ijazah luar negara . Bukan sahaja papa and mummy sahaja yg berharap , saya pun berharap sangat , pergi overseas memang angan-angan saya sejak saya tahu ada peluang untuk pergi luar negara melanjutkan pelajaran atas biasiswa . Angan-angan saya untuk pergi overseas ni lah juga penyuntik semangat saya untuk lebih berusaha . 

Kalaulah saya diberi peluang pergi overseas , tentu sahaja kata-kata yang menyakitkan hati saya dan keluarga akan berkurangan . Mulut orang mana boleh tutup , kalau berkurangan kata-kata yang memedihkan hati saya dan keluarga terutamanya mummy , saya sudah cukup bersyukur . Saya akan buktikan kepada mereka yang sampai sekarang masih memandang rendah mummy saya bahawa anak mummy saya juga dapat PERGI OVERSEAS ATAS BANTUAN KERAJAAN . Saya juga ingin mengubah nasib keluarga saya . Jujur , SAYA MAHU JADI KAYA . Saya mahu senangkan mummy , saya tidak mahu mummy susah-susah kerja lagi . Kalau saya dapat ijazah luar negara , dapat kerja bagus , gaji lumayan , mesti saya dapat senangkan mummy dan mummy tidak payah susah-susah kerja . 

Tuhan , saya mohon berikanlah saya peluang dapat pinjaman MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara- Ireland  . Dengan peluang yang diberikan , saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang serta mengubah nasib keluarga , bangsa , negara dan setiap insan di muka bumi ini . 

Kamu , tolong doakan saya dapat pinjaman MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara . 

TERIMA KASIH SANGAT : D 

May God Bless Me : ) 

-Quina -

没有评论:

发表评论