Back home today because have something happen / emergency . Okay ! Today , I will use fully BM in my this entry .
Bertamadunkah ? Okay ! Itulah nama tajuk entry Quina hari ini . Memang tajuk entry kali ini agak menghairankan . Tapi , ada sesuatu yang ingin Quina kongsi dengan kamu-kamu semua . Alright ! Bertamdunkah anda ? Tepuk dada , tanya selera ; tepuk dahi , fikirlah sendiri .
Tamadun berasal berasal daripada perkataan Arab iaitu maddana , mudun dan madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dalam lahiriah dan ROHANIAH . Pembukaan bandar di negara sudah amat jelas kelihatan , dengan pembinaan bangunan pencakar langit seperti KLCC , pembinaan litar F1 di Sepang yang menjana kepada pelancongan sukan , pembinaan pelbagai jenis bangunan di Kuala Lumpur , ibu negara mahupun ibu negeri setiap negeri cukup membuktikan kita berjaya dari aspek pembukaan bandar . Kemajuan dari lahiriah ? Negara kita berjaya melahirkan dua orang angkasawan negara , salah seorang adalah Dr Syeikh Muszafar yang telah berjaya ke ruangan angkasa lepas , arkitek yang tidak terkira jumlahnya begitu juga dengan doktor dan lain-lain profession . Malangnya , dari segi ROHANIAH , masyarakat kita alpa dek kerana mengejar lahiriah sehinggan rohaniah terabai . Quina tak kata semua masyarakat kita begitu tetapi ada segelintir dari kita yang sedemikian rupa .
Rohaniah merujuk kepada keagamaan , nilai moral dan sosial diri kita . Malangnya , ada segelintir dari kita yang cacat di bahagian . Buktinya , kejadian pembuangan bayi , pecah amanah , kes bunuh , langgar lari dan banyak lagi kes jenayah telah berlaku . Quina mengambil contoh kejadian pembuangan bayi , tidakkah mereka yang melakukan perbuatan terkeji ini telah mengikut jejak zaman jahiliah , di mana masyarakatnya sanggup menanam bayi hidup-hidup . Cuma bezanya , ketika zaman jahiliah , mereka hanya menanam bayi perempuan secara hidup-hidup , tetapi tidak bagi bayi lelaki . Tapi , sekarang , tidak kiralah bayi lelakikah bayi perempuankah , tetap juga menjadi mangsa kes pembuangan bayi . Wahai ibu anak-anak yang malang tersebut , ke manakah naluri seorang ibu kamu , ke manakah sifat kemanusiaan kamu juga rasa kasih mahupun sayang terhadap anak-anak kamu ? Ke mana ? Mengambil lagi contoh kejadian langgar lari yang kerap berlaku semenjak dua menjak ini , pemandu kini berani bawa kereta laju-laju tapi bila berlaku kemalangan ,tidak langsung mahu bertanggungjawab . Pernahkan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini terfikir akan nasib mangsa yang mereka langgar ? Pernahkan mereka berasa bersalah atas perbuatan terkutuk tersebut ? Cuba letakkan posisi anda di posisi keluarga mangsa mahupun mangsa tersebut . Apa yang anda rasa ? Fikirkanlah juga perasaan orang lain . Lebih-lebih lagi kejadian langgar lari yang menyebabkan kecederaan parah , siapa yang mahu menjaga ahli keluarga mangsa sekiranya mangsa telah berkeluarga . Jika mangsa merupakan seorang pelajar , bagaimana dia hendak meneruskan pelajaran . Dan , jika berlaku kecacatan kekal , bagaimana dia hendak bergaul dengan masyarakat mahupun meneruskan kehidupan .
Wahai anda semua , fikirlah sejenak bertamadunkah anda ? Jika tidak , anda masih tidak layak mengelarkan diri anda sebagai masyarakat yang bebas dari zaman jahiliah . Secara jujurnya , Quina rasa diri Quina belum lagi sesempurna mana tapi quina bukan golongan masayarakat yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan perkara terkutuk . Tapi , Quina sentiasa ingat yang Tuhan itu senantiasa adil . Yang baik akan dibalas baik , yang jahat juga akan dibalas jahat . Dan , ingat , sejauh mana pun kita lari dari kesalahan , Tuhan senantiasa tahu apa yang kita buat .
9 A+'s in SPM : )
Hope my bro recover as soon as possible .
Hope orang yang bertanggungjawab tu dijumpai dalam masa terdekat .
God Bless Me : )
-Quina
P/s : Today , I am a little bit emotional because of something had happened .
没有评论:
发表评论