Sepatutnya saya post benda nie semalam . Dek kerana kemalasan Cik Quina , benda nie tertunda ke hari nie . Okay . Back to my main TOPIC .
Tamak atau Pengurusan Tidak Cekap ?
Kelmarin , saya telah menaiki salah sebuah bas ekspress ke Kota Kinabalu . Dan , saya rasa pengalaman saya menaiki bas ekspress kelmarin adalah pengalaman paling buruk selama saya hidup . Sebelum ini , perkara seperti ini tidak pernah berlaku dan saya tidak menyangka perkara seperti ini berlaku . Nak tahu apakah kejadian tersebut ?
JUMLAH PENUMPANG MELEBIHI TEMPAT DUDUK DI BAS TERSEBUT !
Apakah sebab semua ini berlaku ? Masalahnya , penumpang yang lebih itu bukan seorang dua , tetapi lebih dari sepuluh orang . Dan , selebihnya harus berdiri . Dan , saya adalah salah seorang penumpang yang berdiri . Pada mulanya , dia menjanjikan ada bas tambahan di pertengahan jalan . Mungkin ada , tetapi hanya sebuah bas kecil yang tidak mencukupi untuk semua penumpang-penumpang yang berdiri . Dan , yang selebihnya menunggu dengan penuh harapan bahawa masih ada lagi bas tambahan di pertengahan jalan . Malangnya , TIDAK ada ! Saya agak bernasib baik kerana saya berdiri tidak sampai setengah jam . Saya telah diberi tempat duduk di depan sekali , tempat tersebut merupakan tempat pemeriksa tiket . Terima kasih kepada pemeriksa tiket tersebut kerana memberi saya tempat duduknya .
Yang sedihnya , ada segelintir yang duduk di lantai . Dan , adik saya terpaksa berdiri hampir dua jam kerana dia tidak dapat duduk di lantai takut tangannya yang belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan terlanggar dengan kerusi . Tetapi , bayaran yang dikenakan adalah sama dengan penumpang yang duduk dengan selesa . Keadaan ini sama seperti warganegara luar yang menyelinap masuk ke negara ini dengan menggunakan tongkang tanpa dokumen yang sah . Bezanya , ini di dalam bas dan di dalam NEGARA SENDIRI dengan DOKUMEN YANG SAH ! Mana keadilannya ?
Saya tidak pasti ini disebabkan ketamakan manusia atau pengurusan tidak cekap ?
Yang pastinya , mana hak pengguna untuk mendapatnya perkhidmatan yang selesa dan selamat ? Sedangkan , semua ini berbayar dengan HARGA ASAL ? Maksudnya , mereka mendapat keuntungan lebih daripada kesengsaraan orang ? Bukankah itu sama erti dengan penganiayaan ? FIKIR SEJENAK !
HAK PENGGUNA TELAH DICEROBOH !
Pesanan saya kepada semua pengusaha di luar :
Tolong hormati hak pengguna ! Hindari sikap tamak anda atau pertingkatkan pengurusan anda .
SEKIAN !
*sengaja saya tidak menulis nama syarikat bas ekspress berkenaan untuk menjaga periuk nasi mereka . Bagi mereka yang selalu menaiki bas ekspress MENUMBOK-KK , pasti anda tahu , bas mana satu yang ada menjual tiket di Labuan .
Ini blog saya . So , saya rasa tidak salah saya menulis apa yang saya rasa . Harap maklum !
9A+ in my SPM 2012 .
May God Bless Me : D
-Quina
p/s : Hope my brother will recover as soon as possible .
没有评论:
发表评论